Saturday, September 18, 2010

Mawa‘izhi Libadi‘ati (Pengajaran Yang Indah )





Kitab Mawa‘izhi Libadi‘ati (Pengajaran Yang Indah )
Karya: Al -Syeikh Abdul Rauf Bin Ali Fansuri

Sempena bulan Ramadhan 1431 yang mulia ini dan juga sambutan Hari Raya Haji Aidil Adha, kami memberi peluang kepada saudara/saudari bersama-sama menjadi penaja untuk mencetak kitab ini yang nanti akan diedarkan kepada surau, masjid dan institusi lain yang bersesuaian.

Jika selama ini kita menginfakkan rezeki yang Allah kurniakan dalam bentuk pemberian wang tunai dan makanan, apakata kita beralih arah pula memberi sumbangan ke arah kesinambungan ilmu agama.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kitab Mawa‘izhi Libadi‘ati (Pengajaran Yang Indah ) dan cara membuat tajaan , sila lawat laman web berikut:-

http://pustaka-global.blogspot.com

Jazakallah.

Persoalan Makan Minum

MAKANAN SYUBHAT & HARAM MEMBENTUK MASYARAKAT YANG ROSAK AQIDAHNYA

Manusia hidup untuk makan dan beribadat kepada Tuhannya, namun apa yang dimakan itu haruslah dipasti kehalalannya. Makanan membentuk darah daging, justeru membentuk pemikiran, perasaan, jiwa dan peribadi. Halatuju hidup dan nilai seseorang itu bergantung kepada akhlak mulia. Kehinaannya juga dilihat dari pemilihan makanan yang dibuatnya.

Ketika kita semua diambang akhir zaman dimana iman semakin lemah dan ujian semakin banyak, kita bimbang kita tewas dengan ujian dunia yang semakin hebat. Manusia semakin kecundang dengan ujian-ujian yang mendatang.

Pihak musuh telah lama merancang bagi membinasakan umat Islam secara jelas dan halus. Dari politik, pendidikan, kesihatan, hiburan dan program pemakanan sedunia mereka telah berjaya menyusup masuk sehingga ke dalam sanubari hati umat Islam, samada disedari ataupun tidak.

Daripada Abu Sa'id al Khudri RA, beliau berkata :

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka".

Sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?" Nabi SAW menjawab : "Siapa lagi kalau bukan mereka?" (Riwayat Muslim)

ANAK ZINA & PEMBUANGAN SERTA PEMBUNUHAN ANAK

Darah daging yang haram akan terarah kepada melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk, kerana tanpa IMAN semua akan binasa. Zaman jahiliah era zaman permulaan Sayyidina Umar r.a, menanam anak perempuan adalah lumrah kerana sifat jahiliah mereka. Namun kini bukan lagi lagi jahiliah tapi zaman kepada “Bapa kepada segala Jahiliah”; bukan sahaja anak perempuan malahan anak lelaki juga ditanam. Yang menanam bukannya orang kafir tapi orang yang mengaku Islam! Kini di tahun 2010 mengikut statistik setiap 17 minit lahir seorang “anak zina.

Bayangkan apa yang akan terjadi jika tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya. Bagi gulungan “Mak Nyah” pula setiap hari berpuluh-puluh kes menukar jantina dari lelaki ke wanita telah berlaku di negara kita. Sungguh menghairankan ramai pula yang tiba-tiba menjadi mak nyah! Mengapa & bagaimana? Kesan pengambilan hormon berlebihan dari makanan terutama “ayam-ayam cucuk” mungkin salah satu punca berlakunya perubahan sifat lelaki kepada wanita.

Melalui program-program hiburan yang ditaja sepenuhnya kumpulan yahudi seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Anugerah Juara Lagu dan sebagainya berjaya merancakkan keruntuhan akhlak-akhlak remaja Islam. Bukan itu sahaja malahan melalui program-program hiburan di tv juga mampu memukau sebahagian besar anak-anak dan surirumah supaya mengikut dakyah dan tarbiah mereka. Dakyah mereka melalui nama-nama seperti DORAEMON / POKEMON (dalam bahasa Hebrew bererti “aku ingin/suka jadi Yahudi). Kalau setiap hari anak-anak anda mengulang-ulangkannya sebutannya, bayangkanlah apa akan terjadi bila mereka membesar nanti.

Istilah “Holywood” bererti TONGKAT SUCI”, mereka (yahudi) yakin mampu memukau penonton yang melihatnya melalui “ilusi” kayu suci” itu. Sesiapa yang menonton pastinya terpukau, setidak-tidaknya ia tidak akan membaca quran, tidak boleh berzikir kepada Allah kerana illusi tersebut. Itulah realitinya rancangan DAJJAL yang berjaya.

Kini, dalam dunia semakin canggih, makanan juga semakin canggih hinggakan kita tak sedar banyak daripada makanan yang kita makan diragui kehalalannya. Memang kita ada JAKIM dan JAIN yang memberi sjil-sijil halal, namun yang menguasai dan menguruskan kebanyakan makanan kita bukanlah dari gulungan manusia yang sujud dan rukuk kepada Allah s.w.t.; sedangkan mereka kufur kepada Allah. Industri halal pula hampir 80% dikuasai oleh mereka-mereka yang tidak halal tubuh badan, akhlak dan aqidahnya.

Puak-puak yahudi ini mengambil kesempatan atas kelemahan umat Islam dalam mengendalikan produk halal, sedangkan umat Islam hanya suka melihat sahaja aktiviti itu dilakukan tanpa rasa menyesalpun malahan turut menyokongnya, membeli dan ada pula tolong memasarkan di pasaran dengan bangganya. Kebanggaan membuka francise McD, KFC, STARBUCKS, Burger King; menyokong Tesco, Giant, Carefour meskipun syarikat gergasi itu milik Yahudi sentiasa menipu umat Islam. Orang Islam berlumba-lumba penuh sesak di dalam pasaraya gergasi ini untuk mendapatkan produk pada harga murah tanpa rasa sedar atau munkin terkena sihir. Di dalam TESCo, daging babi pun ada dijual dan TROLI yang digunakan tetap troli yang sama untuk mengisi barang-barang?

Makanan yang dihidangkan kepada kita bukanlah makanan yang terbaik tetapi lebih banyak racun daripada khasiat. Daripada ikan, daging ais & mee yang dicampur dengan asid borik, begitu juga beras disembur dengan klorin & bromite sebagai pengawet; ayam 35 hari yang disuntik dengan hormon pembesaran, margerin dengan lemak tepu, aji-no-moto daripada enzyme, serta makanan terkini iaitu penggunaan teknologi GMO (Genetic modified Organism – yakni penggabungan gen haiwan dan tumbuhan seperti tomato/kacang soya dengan babi dsbnya).

Negara-negara eropah membantah keras apabila terdapat usaha untuk menghantar makanan GMO ke negara mereka, mengapa? Kerana makanan tersebut bukan sahaja membinasakan hidup mereka malahan akan membinasakan juga tamaddun kemanusiaan sejagat.

Kemudian mereka menggunakan lemak babi dalam makanan dengan menggunakan kod-kod tertentu seperti kod E471-E482. Jika daripada eropah kodnya bermula dengan E, tapi jika dari Australia tanpa E, comtohnya adalah 110-119. Ini bertujuan mengelakkan dari dikesan oleh pengguna muslim.

Mereka berniaga cara bijak, jika disebut babi pengguna muslim sudah tentu menolaknya, tapi mereka bijak. Malang sekali bagi umat Islam terpedaya dengan tipudaya mereka. Dengan mengiklankan makanan yang meliurkan mereka berjaya menipu umat Islam yang cintakan makanan. Ayam yang sepatutnya dibesarkan dalam masa 5-6 bulan, dipaksa untuk membesar dalam masa 35 hari sahaja. Dengan suntikan hormon (mungkin daripada haiwan) pembesaran, ayam-ayam itu begitu cepat membesar kerana kandungan dagingnya sahaja dalam 46%, manakala yang selebihnya lemak, air dan tumbuhan hormon itu sendiri. Ayam suntik ini dipaksa untuk membesar walaupun dalam masa yang singkat. Kini ada lagi teknologi baru, hanya dalam masa 15 hari sahaja ayam-ayam ini sudah boleh dijual. Daging ayam yang tak sepatutnya dimakan menjadi kebanggaan umat melayu walaupun kesannya merosakkan sistem badan, penyebab kegemukan, kanser dan mampu mengubah sifat-sifat lelaki kepada lemah-lembut wanita dan pelbagai keburukan lain. Walau sebaik mana pun dakwaan pengeluar makanan namun kesan keburukan atas jiwa manusia tetap dirasai, perangai, pemikiran mula berubah. Jiwa jahat mula menguasai jasad yang akhirnya lahirlah akhlak-akhlak buruk yang tak terkawal. Lihat sahaja pada tubuh badan kanak-kanak lelaki yang suka makan ayam, lembik dan lembut-gemuk. Bagi anak perempuan pula perangai mereka mulai kasar macam lelaki (mungkin berlebihan hormon penggemuk dalam ayam). Tabiat suka memakai pakaian menjolok mata (kerana hilang malu), berpelukan dan bercium di khalayak ramai dan pelbagai aksi lucah yang mereka cuba tunjukkan. Mana perginya maruah diri orang Islam? Kita belum pasti makanan manakah yang mengandungi bahan dari babi kerana agak sukar mengesannya bila sudah bercampur dalam makanan terutama “high processing food”. Kekadang ujian menggunakan DNA tak mampu mengesan kewujudan lemak atau bahan babi dalam makanan tersebut. Ujian kimia atau fatty asid terpaksa dilakukan untuk mengesanya. Perbelanjaan mula meningkat naik. Penipuan yang dilakukan begitu canggih. Apabila umat Islam leka dan alpa terhadap penipuan ini maka tubuh badan menjadi mangsa malahan jiwa, fikiran dan akhlak yang turut binasa. Bila maruah diri mulai hilang, segala kejahatan kelihatan baik.

Di dalam bidang perubatan orang-orang yahudi menguasai dalam industri farmaseutikal. Banyak dari ubat-ubat keluaran mereka bukan untuk tujuan perubatan tetapi bertujuan mengawal manusia sejagat dari segi pergerakan dan kuasa politik masa depan. Mereka mahu umat Islam mengikut “milah” mereka. Bayi-bayi ini perlu ditanda. Lihatlah pada bahu anda SUDAH ADA TANDA MASING-MASING hasil suntikan tersebut. Perlukah semua ini? Bayi tanpa bersalah disuntik dengan pelbagai vaksin yang menyakitkan atas nama “imunisasi”, namun hakikatnya mereka ingin mengawal anak-anak kita supaya mengikut telunjuk mereka apabila dewasa nanti. 5 imunisasi wajib diambil oleh setiap kanak-kanak, BCG, Campak, Hepatitis B, Polio dan DTP.

Tidak dinafikan keperluan perubatan itu penting, tetapi hakikatnya “PENJENAMAAN” kanak-kanak itu mengikut telunjuk yahudi dan nasoro yang kita bimbangkan. Kita tidak jelas sejauh mana HALALnya vaksin-vaksin tersebut. Kalau dari kecil lagi tubuh badan anak-anak sudah disuntik dengan vaksin haram, bayangkan pembesaran anak-anak itu! Pasti harapan anda untuk mendapat anak soleh HANCUR! Namun kejahatan anak-anak itu yang terserlah. Vaksin bukan ubat, sebaliknya dicipta daripada bahan-bahan yang sungguh menjijikan daripada hati dan limpa babi, janin budak perempuan yang digugurkan, limpa monyet pelbagai bahan kotoran yang lain; sejijik air “limbah” di belakang dapur rumah kita. sedangkan anak-anak mereka (yahudi) tidak demikian. Mereka menjaga anak mereka dengan berhati-hati tanpa menggunakan pelbagai racun dalam jasad anak-anaknya. Begitu juga berlaku suntikan Vaksin “WAJIB” bila mengambil lesen berniaga samada restoran atau berniaga pasar malam. Kemushkilan timbul dalam isu vaksin-vaksin ini samada halal atau tidak, kerana tiada penjelasan langsung. Tanpa suntikan ini lesen perniagaan tidak akan diberikan. Pilihan yang anda perlu buat ialah “TERPAKSA”. Adakah keadaan ini darurat atau satu agenda? Rancangan mereka terus berjalan. Bagi mendapat haji MABRUR semua kena halal. Timbul isu vaksin meningitis ke atas jemaah haji, walaupun sumbernya dikatakan dari babi, namun atas dasar darurat di bolehkan. Benarkah begitu? Bagaimana pula bila pak haji dan mak haji yang telah selesai mengerjakan haji? Mabrurkah atau Mardudkah? Yahudi bijak mengatur strategi bagi memusnahkan ibadat haji umat Islam.

Mereka memiliki kilang-kilang ubat yang terbesar semata-mata untuk memperniagakan ubat-ubat dan penyakit yang mereka cipta untuk mengaut keuntungan keatas kebodohan umat-umat Islam di dunia ini. Mereka menghasilkan virus-virus dari dalam dalam makmal seperti SARS, Selsema burung, JE atau H1N1 lalu menyebarkannya, (sebab itu seorang pegawai WHO berkata: “Daging babi tiada kena mengena dengan H1N1”) kemudian mereka juga membuat vaksin-vaksin sebagai perniagaan terbesar mereka. Mereka seterusnya mencerita dan menggambarkan betapa bahayanya virus-virus tersebut hingga menakutkan umat-umat manusia seluruh dunia melalui pakar-pakar perubatan yang mereka iktiraf sendiri. Maka dunia menjadi panik lalu berebut-rebut memesan vaksin-vaksin yang mereka kilangkan. SIAPA YANG UNTUNG? Yang menjadi mangsa ialah umat manusia selain dari bangsa yahudi dan nasoro. ITULAH “NEW WORLD ORDER”. Bagi mereka yang ingin menghasilkan ubat perlu pula ada kilang-kilang GMP, satu persijilan yang mereka kawal. Maknanya jika anda hendak buat ubat perlu ada GMP (Good Manufacturing Practice) dan ISO. Hanya kilang-kilang ini sahaja diberikan kebenaran. Mereka akan kawal apa sahaja yang akan merugikan mereka. Nak buat makanan pula perlu ada piawaian HACCP atau GMP. Bukan senang hendak berniaga dengan yahudi-yahudi ini. Mereka akan pastikan yang mereka dan kuncu-kuncunya sahaja yang berpeluang melakukan apa jua perniagaan demi kepentingan mereka. Manakala masyarakat Islam dipaksa akur dengan kehendak mereka. Di Universiti AL-Azhar , Mesir, mereka melarang kurikulum JIHAD diajar kepada para pelajar, kerana apa; mereka bimbang kebangkita umat Islam untuk memerangi mereka. Sampai bilakah umat Islam akan menjadi PAK TURUT?

Kini mereka mencipta pula sejenis robot melalui teknologi “NANO ROBOT” yang boleh dimasukkan ke dalam makanan, ubat-ubatan dan paling banyak ke dalam vaksin. Robot-robot ini boleh diarah melakukan apa-apa jua tindakan hanya melalui satelite mereka, daripada merompak, menculik orang hinggakan “suicide bomber”. Robot-robot ini lebih kecil lagi dari bakteria. Justeru, tidak terkecuali juga dalam makanan-makanan “FAST FOOD” yang mereka cipta. Dengan dibantu oleh media elektronik dan cetak mereka mampu menarik keinginan manusia kepada makanan segera ciptaan mereka. Kehadiran robot-robot ini sukar dikesan tanpa teknologi canggih melainkan anda menjauhkan “mulut” anda dari memakannya. Atas nama Palang Merah Sedunia atau WHO atau PBB mereka bebas masuk ke seluruh negara yang mereka kehendakki, samada melalui peperangan atau bencana alam untuk menyebarkan pelbagai vaksin dan dakyah yang mereka cipta. Anda harus ingat WHO atau PBB adalah syarikat yang dimiliki oleh golongan Illuminati yang dipelopori oleh kuncu-kuncu dajjal untuk menjajah dunia. Mereka menjajah dunia atas nama “KEAMANAN”. WHO satu nama besar dalam dunia, tetapi sebenarnya adalah pembelit, penipu dan pembohong kerana WHO adalah syarikat yang dimiliki oleh puak-puak zionis yang digunakan untuk mengawal dunia atas nama KESIHATAN dan KEAMANAN.

Lihatlah lambang “ULAR” pada logo mereka. Mereka mencipta 2 perkara:

1. “PENYAKIT”,

2. “UBAT / VAKSIN”.

Dari sinilah mereka menjalankan dakyah-dakyah mereka. Peistiwa bencana di Aceh, 4 jam selepas Tsunami, kapal perang USA yang pertama tiba, bukan untuk berperang tapi membawa “missionary” (pendakwah kristian), sedangkan perjalanan biasa dari selatan pasifik mengambil masa yang lebih panjang. Mereka seolah-olah tahu apa yang akan berlaku atau mereka yang merancang letupan nuklear di dasar laut Aceh! Bila berlaku musibah, bantuan-bantuan yang dihantar kebanyakan telah diprogram dengan beberapa kaedah, contohnya di Bolivia; kerajaannya menolak bantuan gandum dari USA kerana didapati gandum tersebut dari GMO. Hakikatnya inilah yang sering dilakukan oleh WHO dan PBB kerana mereka di bawah kawalan “PENJAGA-PENJAGA DUNIA”.

Kesan daripada perancangan yahudi sejak 100 tahun yang lalu telah menunjukkan hasilnya. Rancangan membinasakan aqidah umat Islam telah berjalan mengikut rancangannya. Kerosakan demi kerosakan telah dapat dilihat satu persatu. Bukan sahaja remaja yang dirosakkan malah golongan dewasa juga telah berjaya dijahanamkan samaada aqidah, syariat atau ubudiah mereka. Kini kita sedang berhadapan dengan situasi yang sangat menakutkan, samaada kita akan terus selamat atau terus akan ditipu dan zalimi oleh mereka. Mereka menyerang Iraq dan Afghanistan atas alasan negara itu pengganas. Mereka membantu Israel menghancurkan Palestin atas pelbagai alasan. Kini mereka menyerang konvoi keamanan yang menghantar bekalan makanan ke Gaza. Membunuh ikut cita rasa mereka. Mereka rasa hebat sebab ramai umat Islam menyokong mereka; setuju dengan cara hidup mereka; berniaga dengan cara mereka; menguruskan kewangan dengan cara mereka; dan ada yang menjemput mereka untuk menguruskan soal-soal kenegaraan sendiri. Mangsa kekejaman mereka bukan sahaja Palestin tetapi juga seluruh umat Islam.

Bermula dari saat ibu mengandung sehinggalah anak-anak itu dilahirkan semua proses mengikut rancangan mereka; perubatan dan makanan mengikut telunjuk mereka, yang akhirnya membinasakan kehidupan manusia Islam; sedangkan umat Islam sendiri leka dan lalai dengan tuntutan dan kehendak agamanya sendiri, lupa akan Ugama Wahyu yang diturunkan ke muka bumi ini lebih mulia dan lebih baik lagi dari agama yahudi dan nosoro itu. Waullahu`alam.

Friday, October 26, 2007

PENGENALAN PENGILANGAN HALALAN THOYYIBAN (IMP))


Pengenalan Pengilangan IMPAdd Video

Sementara IMP pula ialah suatu piawaian yang bertaraf “HALALAN TAIYYIBA”; iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut fisikalnya (yakni tidak ada bahan-bahan haram ataupun kontaminasi dengan bahan-bahan haram) malahan juga suci dari sudut ruhaniahnya. Maknanya tangan-tangan yang memproses produk-produk juga harus suci dan halal iaitu yang telah disyahadahkan dengan Iman dan Islam.

Seorang muslim bukan sahaja dikehendaki syarak memakan makanan yang suci lagi halal tetapi juga ruh Islam yang ada pada diri pengusaha produk tersebut supaya makanan yang halal tadi dapat menjamin kesucian ruhani jasmani diri muslim tersebut. Darah daging yang terjadi dari makanan yang halal yang diproses dari kilang seorang muslim memberi impak yang kuat keatas Iman dan Islam seseorang itu.

Maksud Hadis: ”Halal itu jelas dan haram itu pun jelas. Diantara keduanya itu ada perkara yang samar (syubhat) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya...........)”

Sebaliknya kilang yang hanya suci (lahiriah semata) dari sebarang kontiminasi bahan haram sahaja tidak mencukupi untuk mengubah peribadi, akhlak maupun pegangan seseorang terhadap agamanya, melainkan KENYANG sahaja! Malahan melahirkan fikiran dan perasaan yang jumud dan materialistik. Hari ini kita hanya mampu melihat anak-anak yang dihasilkan dari makanan yang hanya halal lahiriah tetapi beku jiwa dan ruhani mereka daripada taqwa ilallah.

Hikmah disebalik Pengilangan IMP

Justru mendapatkan produk dari kilang IMP merupakan suatu keperluan bagi menjamin lahirnya keperibadian yang mulia lagi luhur agar seorang muslim itu kekal muslimnya dalam kehidupan serta mempunyai fikrah islamiah yang kukuh terhadap agamanya. Makanan yang terhasil dari proses pengilangan yang halal lagi suci menjadi darah daging dan memberi kesan yang cukup kuat ke atas fikiran, perasaan, ruh dan peribadi manusia. Hasilnya mampu mengubah keseluruhan diri ruhani dan jasmani dari kegelapan (zulmat) kepada petunjuk (nur).

Usaha untuk menghasilkan kilang IMP perlu digerakkan secara keseluruhannya supaya umat islam mampu mendapatkan produk yang sahih kehalalannya!

Proses Pengilangan IMP

Secara ringkasnya proses ini terbahagi 3:

1. Kilang dan pengusaha

2. Pekerja

3. Proses

Sebuah kilang mestilah set upnya mementingkan kesucian seperti yang dituntut oleh Islam. Hari ini masyarakat kita sering menyebut piawaian-piawaian tertentu dan bangga dengan sebutan tersebut Jika dari sudut WHO mestilah mencapai HACCP atau CE (Eropah) atau KOSHER (Israel) atau HALAL (JAKIM) atau GMP (BPFK). Namun jangan kita lupa Islam juga mempunyai piawaiannya yang tersendiri iaitu Halalan Tayyiba yang mementingkan kesucian dan kebersihan dari sudut lahiriah dan jasmaniah sedangkan persijilan yang lain hanyalah untuk lahiriah semata-mata.

Justeru, ini memerlukan manusia yang suci diri mereka dari sebarang kontaminasi fisikal dan spritual. Pastinya mereka harus Islam dahulu kerana hanyalah Islam yang menjamin kesucian tersebut.

Kualiti Pekerja

Pekerjanya mestilah muslim lagi mukmin. Memiliki pekerja yang hanya seorang Melayu tetapi tidak muslim lagi mukmin akan mencemarkan proses IMP. Maka kelas pengajian dan tarbiah hendaklah berjalan seiring dengan pengilangan.

Kilang IMP bukan sahaja menjaga kualiti produk dari sudut HALAL malahan juga BAIK-BAIK; (maknanya mempunyai kesan pada jiwa dan ruhani penggunanya), malahan merupakan sebuah institusi pendidikan yang bertanggungjawab selain dari menyumbangkan kepada pekerjaan juga mendidik para pekerja menjadi insan yang mulia di dunia dan di akhirat; tidak hanya untuk DUNIA dan WANG!

Niat dan tujuan

Niat pengusaha kilang juga perlu dinilai: Apakah semata-mata untuk mengaut UNTUNG DUNIA atau atas dasar TAQWA dan beribadah kepada Tuhan? Maksud hadis: “Orang yang berniaga mengikut syariat itu satu jihad seperti berjihad fisabilillah”. Perniagaan juga ibadat dan seharusnya NIAT juga dijaga. Apabila niat itu untuk ibadat, penyediaan pengilangan juga hendaklah mengikut piawaian syarak. Justeru ciri-ciri yang akan menghasilkan ibadat tersebut ialah ILMU & AMAL

Proses Pengilangan

Antara proses pengilangan hendaklah mengambil kira aspek-aspek syarak:

a. Proses pencucian mestilah dengan kaedah air yang bersih diikuti dengan air mutlak.

b. Operator yang berwudhu dan mengetahui hukum thaharah. Yang haid bolehlah berada di bilik pakaging atau bahagian lainnya.

c. Setiap proses dimulai dengan Bismillah... & doa (supaya tidak disertai SYAITAN penyediaan makanan tersebut)

d. Tiada iringan muzik kerana muzik akan memberi kesan pada hasilan produk dan lain-lain lagi.

Thursday, October 25, 2007

Makanan Halal

Seminar Makanan Halal akan dibuat tidak lama lagi. Untuk mendapat maklumat lanjut sila hubungi emel berikut:

h.thoyyiban@yahoo.com

Terimakasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pelbagai pihak.

Wassallam.